Monday, 4 July 2011

Selepas Kita Mati, Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook Kita?

Gambar Hiasan



Mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama

 jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita
 yang tahu password hanya kita yang boleh access..   dan   
selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? 
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
 mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi..
 sedarkah kita gambar-gambar kita.. 
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? 
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
 macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama,

 tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. 
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. 
saham dosa terus meningkat..   macam mana? pernah terfikir tak?
 tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
 legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
 baju yang membalut aurat itu, bagaimana?   
mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi 
cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat 
yang kita dah lawati di muka bumiNya   tapi di akhirnya nanti..
 semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal
 kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, 
semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat

 walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat  
 tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu 
sebelum dirimu dikapankan~   
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah 
mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..

moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~   

renung-renungkan da selamat beramal :) 

P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...