Wednesday 15 February 2012

cara diet RASULULLAH S.A.W

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

>>>Jangan makan SUSU bersama DAGING
>>>Jangan makan DAGING bersama IKAN
>>>Jangan makan IKAN bersama SUSU
>>>Jangan makan AYAM bersama SUSU
>>>Jangan makan IKAN bersama TELUR
>>>Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
>>>Jangan makan SUSU bersama CUKA
>>>Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

p/s: petuakhasuntuksiDIA



sumber

AWAS!! pada yang suka tidur di hotel...berjaga-jaga

Awas! Jangan Gambar Bogel Anda Pula yang dirakam
ini adalah Peringatan bagi sesiapa yang sering menginap di hotel,

Sila periksa semua keadaan didalam bilik mandi dan ruang tidur anda kerana mungkin didalam tandas itu mempunyai kemera tersembunyi,terutamanya kaum wanita.


semestinya anda tidak mahu sekiranya gambar personal anda disebarkan oleh orang tidak bertanggungjawab..jadi beringatlah dan berhati-hati..




Monday 13 February 2012

POSTER BUATAN 100% DARI TANGAN KU

SALAM

halowwwww
rini xdak benda apa nak dicerita kan
ingat nak menaip dalam CAPS LOCK
tapi takut-takut pulak tentang kemarahan
puak-puak yang xsuka melihatnya
jadi buat la macam biasa-biasa sahajo...
huhu
mengenai poster yang aku buat
benda nih dah lama..
saja je nak menunjuk-nunjuk
riak dan takbur
kepada yang melihat blog ini
muahahaha..gelak jahat


apa-apa pun tengok lah ye
poster ini mengenai
seorang tokoh yang bernama
ABU MA'SYAR
khas dibuat untuk asignment TITAS
bagi sem2 sesi 2011/2012
UNIMAP


xlawa sangat kan
tapi boleh la 
bagi orang yang xpenah buat kan..huhuhu
apa pown ia merupakan pengalaman 
lepas ni boleh buat bagi molek-molek lagi.(^_^)

p/s:harinisangatbzdengankelas

Sunday 12 February 2012

hari ahad 12/2/2012 buat mat jat

SALAM

halopppp...
harini hari ahad.
selamat hari ahad pada semua noh
ermm harini update blog pada malam hari pulak
oleh kerana bz dengan assignment xsempat nak update disiang hari huhu
malam isnin ni memey sunyi + panas + dan kurangnya oksigen
help..help
tangki oksigen xmencukupi..
oh tidak...
hahaha
tadi petang sempat jugak la aku keluar round-round
bandaraya kangar...



sangat syok la ronda dengan CT kesayangn ku ini...
dengan tak disangka-sangka
aku termasuk dalam mall of aneka...
silap la aku p masok..so ada la yang tersyoping skit...
huhu
di dalam tu
tiba-tiba aku ternampak benda hijau-hijau
yang mengiurkan dikala kepanasan..
aku menoleh dan berjalan ke tempat lain..
tup2 pusing p pusing mai
ternampak jugak benda tu..
xberani p dekat
ku melawan
akan tetapi aku terpegang pulak
terus p kaunter dan bayar,..dan
kena la bawak balik benda hijau tanpa kerelaan hati...
huhuu
nak taw apa benda hijau tu???
:
:
:
:
:
: jeng-jeng

ia ada lah MILO
salah satu
kegemaran ku jugak lah

tapi ni bukan milo  biasa ok
dia boleh bancuh sejuk-sejuk punya
sedap jugak 
petama kali rasa
hoho
lambat nya mat jat nak rasa
ya saya lambat dalam semua benda
huhuhuhu

yeah!!
xpenah jumpa
bawak balik terus snap2 gambar..haha

dalam shoping benda alah ni
aku dapat duit baki RM0.50 baru 
yeah
dah bertambah dah koleksi duit baru petama ku
hohohoho
syiok-syiok



p/s:: janganjalankagartimepublicholidaysebabkedaisemuatutup



Saturday 11 February 2012

apa boleh buat...

SALAM

huhuhu sedihnya la...
sob-sob...apa boleh buat
bakat yang ada dulu hanya tinggai kenangan
dah lama tinggal...
bila guna balik...
haiyoooo
habis semua xjadi
xseindah dulu
xsehebat dulu hadoi-hadoi
korang mesti pikir apa la aku dok
mengarut dari mula...
erkkkkkkkkkkkkkk....hadoi2
apa yang aku maksudkan tadi adalah
penggunaan ps dalam nama manjanya...
dalam nama sebenar adalah photoshop..
hoho

so malas nak cakap banyak
tengok jela hasil
dari pada edit mengedit
dari aku ni
disamping itu aku tunjukan kepada 
semua orang mengenai 
Kompleks sukan UNIMAP


lokasi: STADIUM UNIMAP
camera: henset vivas kesyangku

pandagan mula-mula aku jejakan kaki kesini

berlari-lari ditempat yang lapang dan sunyi

boleh belatih untuk melawan nicol ann david nanti muahaha


hot-hot

pandagan keseluruhan kompleks sukan


p/s:maafeditingxlawadanxsegrankorang

Friday 10 February 2012

hari sabtu yang memenatkan

SALAM


aduiyaiyai
pagi-pagi buta dah kena bagun harini untuk menjayakan program koko
buat pertama kalinya dilakukan di kampus tetap UNIMAP di pauh
40 minit perjalanan dari kolej kediaman yang aku menginap
dah la pejumpaan pukul 8 pagi....bayang kan la
pukul berapakah kamy semua kena bagun
dan naik bas
owh tidak...tidak..OMG! OMG!

Stadium UNIMAP a.k.a Kompleks sukan UNIMAP
hampir siap...cantik dan ok la...
sedap mata memandang haha.>.<

sampai disana awai-awai pagi,,,
punya la lama menunggu 
last-last pukul 9 lebih bawu start porgram
haiyaaakkk!!!
besala janji melayu


apa pon...lepaking dulu ma
layan perasaan
sembang kosong
haha itu la 
yang syiok..
tapi 
tapi 
tapi 
tidak bertahan lama 
apabila
kena berjemur
ditengah panasss...
wuhooooo
tapi apa pown best la dapat datang
ditempat yang baru
yang agak cantik
ramai yang datang merasmikan tempat baru nih
...
muka aku pown dah jadi hitam


p/s:tobatxmaupkokominggudepangilapenat




lapar~

SALAM...

hai mata mengatok,
akan tetapi perut pulak berbunyi-bunyi
semestinya pabila lapaq.. 
mesti la nak cari makan kan..
malangnya hati ni berat nak turun p cafe
haha diet la kononnya
sekali tadi merayau-rayau dalam fesbukk

naaaaa...
mula la terasa nak makan..
serius aku lapaq kfc weh...
dah mengidam seminggu...
wuhoooo
ini serius dan lebih serius bila
teringat kannya
hahaa
ada sapa-sapa nak bawak aku makan kfc??
p/s:akubelanjakrusher

apa..kenapa..dan mengapa

salam

wondering kenapa la...
budak-budak perempuan
suka letak gambar comel-comel
or glam yang letup-letup
pastu bila lelaki puji
dan-dan je cakap
"saya Xcomel macam perempuan lain"
erk??
apa semua nih??
haish
pelik-pelik...
kalu rasa xcantik wat pa boh gambaq-gambaq comel
aiyakkk
dahaga pujian sangat ka??
xpaham-xpaham,....Hee, aku cuma mampu tersengeh -.-'.
..
..
..
...
bila tgk gambaq nih



p/s:peningakudibuatnya

motif taipan yang serba tak kena dengan tajuk

salam.

sudah lama la tidak tulis blog...
mengupdatekan apa yang sepatotnya
diupdatekan disini
sampai ada yang marah
wat demontrasi...sana sini
sebab aku tak update blog aku nih.
haish...
aku pown tak paham dengan orang sekarang nih
bila update ja... orang kata aku copy n paste
haloowwww??
ini membuatkan aku angry hot2...
like angry bird huhu
(tapi memey benar la copy n paste pown)
hoho
aku mengaku aku copy salin dan seangkatan dengannya
dari blog-blog orang lain...
blog aku..aku punya suka la mau buat gapo pown...
hohoho
perasaan sekarang nih membuak-buak kemalasan
dengan bz blajonya..
dengan bz tydornya
belom campur lagi dengan urusan makan...
*&%^&$%^#%^.......
hmmm
apa pun atas pemintaan sesorang...
lepasni aku updatekan semula
slowly pelan-pelan....
sambil memikir nak menaip apa lagi dalam bebelan aku nih
errrrrrrr....
boleh kot noh mat jat yang hensem lagi kacak bergaya
haha...
yeah--jangan dok puji lebey-lebey
dah kembang banyak aku sekarang nih
opps!!!!
apa yang aku taw
BOROI itu hensem..
haha taget BOROI lepasni....
berbalik pada update blog nih
nanti aku update banyak-banyak na
mau lawan sama itu teman-teman
jeles sama dyaorang sebab follower ramai..
mentang-mentang update selalu
ada je benda yang depa boleh cerita..
huhu
JELES!!
JELES!!
JELES!!



p/s:akutaipapayangterasanakakutaip

Wednesday 8 February 2012

Cara Menghilangkan Nafas Berba

Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan :

(1) Bersihkan lidah- Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah.

Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.

(2) Mengunyah gula-gula getah- Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur.

(3) Menghisap kulit kayu manis- Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.

(4) Pastikan mulut sentiasa lembap- Minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria ‘jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungipoleypehnols, iaitu sejenis ‘bahan kimia’ tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.

(5) Pemakanan- Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.

(6) Ubat kumur- Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

(7) Masalah perubatan- Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...