Tuesday, 19 July 2011

Karektor kerja anda

Karektor kerja & zodiak
Adakalanya karektor seseorang individu berkait rapat dengan zodiaknya.
Kali ini jom kita tinjau zodiak dan apa pula karektor kerja seseorang
itu.
Pekerja Aries
Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan
mereka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan
terasa seolah-olah kreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan
penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting
kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka
meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan pekerjaan yang boleh
mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si aries ini gembira,
berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu
terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Mereka memang suka
bab macam tu!
Pekerja Taurus
Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja
yang baik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka ‘kipas mengipas’ ni.
Mereka bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya melakukan kerja
yang diberikan itu hingga selesai. Cuma mereka ni memang agak ‘lembab’ sikit
dan suka buat kerja ‘last minute’! Pun begitu, mereka sentiasa inginkan
bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yang
terbaik. Tapi usah cuba nak memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti!
Untuk menggembirakan Taurus, serahkan projek yang benar-benar menepati
keupayaan mereka.
Pekerja Gemini
Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak
kedekut ilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh
menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama.
Selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi
tak hairanlah mereka ni boleh menjadi ‘ratu gosip’. Mood dan
produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan. Pekerjaan
yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka menjelajah ke
banyak tempat.
Pekerja Cancer
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara
kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu
di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam
orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka,
pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa. Persekitaran
kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap
peramah.
Pekerja Leo
Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di
tempat kerja. Biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba
mencari jalan untuk meningkatkan status mereka di mata teman-teman sepejabat.
Usah cuba nak komen, pasti tak diterima mereka! Namun mereka gemar
memberi nasihat kepada orang lain. Untuk ‘mengawal’ mereka ini, senang
saja. Berikan mereka lebih tanggungjawab agar mereka rasakan diri
mereka itu orang penting! Tapi berwaspadalah kamu. Silap haribulan, kerja kamu
pula dirampasnya!
Pekerja Virgo
Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak
kisah jika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja
berjalan lancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam
bekerja.Tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada
pandangan mata mereka. Mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum
memulakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi melengkapkan diri mereka
dengan pengetahuan yang diperlukan. Mereka tak perlu diampu, cukuplah
jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.
Pekerja Libra
Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu
sensitif dan sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah. Satu hari
mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan di hari yang
lain pula mereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya mereka mampu
mengawal mood mereka yang tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh
naik pangkat! Walau bagaimanapun, jangan cuba nak memerintah mereka
lebih-lebih pula!
Pekerja Scorpio
Ternyata mereka ini mampu berdikari dan mengharapkan pertolongan
daripada orang lain sangat. Segalanya bisa diatur! Yang bagusnya,
mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak takut
untuk menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena.
Berani kerana benar! Tak kira yang buat salah itu orang atasan atau teman
sejawat! Mereka juga akan melayan orang lain seperti orang lain melayan
mereka. Bermakna, kalau orang baik dengan mereka, begitu juga dengan
mereka. Kalau tak, maaf sajalah!
Pekerja Sagitarius
Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan.
Apa jua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik
mungkin. Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana
itu adalah kepantangan bagi mereka! Jangan cuba main-main!
Pekerja Aquarius (haha-ye ker….selalu tolak tapi tak beransur2..terbaik itu semestinyerr. ..)
Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan apa,mereka asyik
ingin lakukan yang terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk
mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan
pengetahuan dan skil kerja mereka.
Pekerja Capricorn
Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan
sebarang kerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya
usaha mereka. Pun begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa.
Apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk
mencapai segala yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja
secara sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi, bermakna
gaji yang diberikan juga harus berbaloi!
Pekerja Pisces
Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat.
Sekiranya ada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang mula-mula
mendapat tahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot!Mereka gemar
melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan!

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...