Masjid terapung Al-Hussain yang menjadi mercu tanda baharu di negeri ini dirasmikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail malam kelmarin.
Masjid yang terletak di muara Sungai Perlis dengan dewan solatnya menganjur ke Selat Melaka itu menelan kos kira-kira RM12 juta.
Raja Perlis ketika bertitah merasmikan masjid itu berharap masjid itu dimakmurkan dengan pelbagai kegiatan yang boleh menggamit minat magenerasi muda.
Pengerusi Masjid Terapung Kuala Perlis, Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin (Naib Canselor UniMAP ), berkata masjid itu kelihatan tersergam indah dari arah laut dan darat dan bakal menjadi salah satu produk pelancongan di Perlis.
Masjid itu yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang disediakan Universiti Malaysia Perlis (UniMap), berupaya menampung sehingga 1,000 jemaah pada satu masa.
UniMAP diberi tanggungjawab mengendalikan masjid itu sebagai "Pusat Islam" dan ia akan dimanfaatkan dengan pelbagai kegiatan keilmuan sepanjang masa..
Masjid diperbuat daripada pelbagai bahan mineral tanpa sebarang cat itu mempunyai reka bentuk unik dengan dewan solat menghadap ke laut.aku sebagai warga UNIMAP rasa terpaggil untuk tunjukkan pada anda-anda semua...keunikan,kecantikan dan ke-ke apa yang ada la pada masjid ini...terasa bangga lak bila UNIMAP pown terlibat sama..hehee
hari jumaat yang petama lepas masjid nih dirasmi kan..
aku pun pegi la bersolat jumaat disana..
ramai orang berpusu-pusu bersolat disana.
sehinggakan ada golong2an terpaksa bersolat diluar masjid...
golongan-golongan yang terlibat termasoklah aku..hehhee
hari jumaat yang petama lepas masjid nih dirasmi kan..
aku pun pegi la bersolat jumaat disana..
ramai orang berpusu-pusu bersolat disana.
sehinggakan ada golong2an terpaksa bersolat diluar masjid...
golongan-golongan yang terlibat termasoklah aku..hehhee
malam tu aku tak puas hati..
aku pergi lagi untuk
masok kedalam tu dan tengok
hehehe
p/s: aku dah pergi....korang kalu xpergi lagi...mai la dekat kuala perlis...dekat je dengan jeti..jalan kaki tak sampai 3minit dari jeti.....
dulu duk perlis x bukak lg...huhu
ReplyDeletexpe2..nanti kita bawak dya eh..hohoho
ReplyDelete