Saturday, 8 October 2011

Rahsia Tarikh Lahir Islam


Sebuah KAJIAN NUMEROLOGI ISLAMIK
BAROMETER PERSONALITI NILAI bersandarkan NILAI MUFRAD (nilai mampatan) dari TARIKH KELAHIRAN KALENDAR HIJRIAH seseorang yang DIKOLERASIKAN dengan SIFAT yang terdapat dalam sesuatu NOMBOR.
Parameter atau barometer kajian adalah juga berdasarkan SIFAT-SIFAT MULIA yang diajar oleh YANG MAHA PENCIPTA kepada insan melalui WAJAH-WAJAH yang dibentangkan di dalam kitabNya Al-Quran.
Maha Suci ALLAH yang menjadikan manusia sebagai SEBAIK-BAIK PENCIPTAAN dan kepadanya diberikan KESEMPURNAAN PENCIPTAAN yang unik dan tersendiri.
Allah ceritakan hal penciptaan manusia ini dalam Al-Quran, dalam surah Al-Mukminun, ayat 12-14 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari tanah. Kemudian, Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”
Juga Allah SWT gambarkan dalam surah At-Tin yang bermaksud:
“Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
LALU.. Barometer PERSONALITI NILAI ini bersandarkan SEMUA SIFAT-SIFAT KEBAIKAN yang Allah ajarkan secara nyata mahupun sembunyi untuk manusia TEROKAI, KENALI, HAYATI dan akhirnya SYUKURI. Kemudiannya CUBA MENCERMINKAN KEMULIAAN SIFAT-SIFAT ini dalam kehidupannya bagi MANFAAT DIRI dan sesama insan disekelilingnya.
Wallahualam..
TEROKAI PERSONALITI DIRI..
TRANSFORMASI ‘HIJRAH’ DIRI melalui perspekstif BARU, SEGAR & ISLAMI.
Mir Hazil Azran Ramli
PhD – Human Bio-energy Science

BAROMETER INI ADALAH UNTUK ‘TARIKH LAHIR HIJRAH’


Lalu….

1. Untuk tahu TARIKH LAHIR HIJRAH sekiranya tak ingat atau tak tahu, gunakan ‘HIJRAH CONVERTER’ seperti di:
http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp


SEMAK KETEPATANNYA DENGAN MELIHAT “HARI KELAHIRAN”.
2. Untuk tahu nombor ‘barometer personaliti’ ; dapatkan nilai mampatan (Gt @ Mufrad) TARIKH LAHIR HIJRAH dengan MENCAMPURKAN semua angka yang hadir pada susunan tarikh tersebut, sehingga nilai sedigit terakhir.. contoh;
19 Ramadhan 1395 = 19 09 1395
1+9+9+1+3+9+5 = 37 @ 3 + 7 = 10 @ 1
Saya harap, sudi-sudikanlah kongsi KOMEN atau PENDAPAT atau PENILAIAN  terhadap analisis ini..
Selamat menggali..

Barometer Personaliti Numerologi – Kajian Dr Mir Hazil

 Rahsia Tarikh Lahir Islam
BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 1:
Seorang yang memiliki sifat yang pemurah dan suka mengasihi kerana kebesaran jiwa yang semulajadi. Mampu memiliki kebijaksanaan @ berilmu dan suka belajar. Mampu mengendalikan dan mampu mengawal sesuatu dengan baik.
Sering bercita-cita besar dan memiliki sifat bijaksana. Mampu menjadi pelindung kepada yang lain.
Selalu berinovasi dan menjadi yang pertama atau pencetus. Mereka juga memiliki sifat pemaaf serta mampu menilai atau menghukum demi menegakkan keadilan.


 Rahsia Tarikh Lahir IslamBAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 2:
Seorang yang pengasih dan selalu menyayangi. Suka dan mampu menghasilkan sesuatu (mereka-cipta) yang baik atau kebaikan. Memiliki kemampuan untuk menghalang kezaliman atau penginayaan serta mengendalikan dengan sesuatu yang positif.
Bersikap adil dan suka memelihara (menjaga). Selalu bersimpati kepada yang lain serta pandai menyejukkan hati orang lain. Memiliki sifat yang baik (terpuji) dan mulia perilakunya. Mampu menjadi kalangan mereka yang melengkapkan atau menyempurnakan (penutup – terakhir).
Memilki sifat belas kasihan kepada yang menderita dan suka memberi khidmat untuk kemanfaatan ramai atau orang lain.

 Rahsia Tarikh Lahir IslamBAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 3 :
Seorang yang mampu menguasai dirinya sendiri dan bijak merencana masa depan. Amat suka membantu dan melapangkan jalan kepada orang lain serta memiliki sifat kelembutan dan memahami perasaan.
Mampu menjadi penjaga yang baik, pemerhati dan teman tempat mengadu kepada yang lain. Sering bersifat baik (mulia) dan suka memberi kebajikan kepada yang lain. Seorang yang peka dan bijak dalam pengiraan (perhitungan) dengan meneliti semua faktor atau bahagian.
Mampu menjadi yang pertama dalam linkungannya serta bersikap terbuka dan berintegriti. Sering berhasil dalam bidang yang diceburi. Suka mencari dan berkongsi ilmu serta membimbing (menyinari) yang lain.

 Rahsia Tarikh Lahir IslamBAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 4 :
Seorang yang suci pemikiran dan tindakannya. Memiliki wawasan dan bercita-cita tinggi serta mampu menghasilkan (mencipta). Berupaya menundukkan kezaliman serta teliti (berhati-hati) dalam tindakan atau urusan.
Selalu meransangkan semangat (memotivasikan) orang lain serta suka mengambil inisiatif awal yang positif. Memiliki keupayaan menyatukan dan mendalami isu atau sesuatu kondisi secara teliti.
Sering bersifat mulia dan terhormat serta suka membimbing kepada mereka yang memerlukan bimbingan.

 Rahsia Tarikh Lahir IslamBAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 5:
Seorang yang sukakan kedamaian serta selalu memaafkan orang lain. Mampu meninggikan kedudukan orang lain (memuliakan). Amat bersantun (sopan) dan penyabar dalam tindakan.
Memiliki peribadi yang luhur dan sempurna. Sukakan kepastian sebelum bertindak dan suka meniliti (dan memerhatikan) segala sesuatu. Mampu mengembalikan sesuatu ke asalnya demi keadilan atau kebaikan.
Boleh dipercayai dan sering diharapkan (diperlukan) oleh orang lain sebagai tempat bergantung. Memiliki sikap suka membimbing, mengendali dan menguasai yang lain (pemimpin). Mampu bersikap adil dan cermat (ekonomi). Sukakan kerapian, keindahan dan kebersihan.

 Rahsia Tarikh Lahir IslamBAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 6:
Seorang yang sukakan keamanan, boleh dipercayai dan memelihara keyakinanannya. Memiliki keupayaan untuk berkongsi, menentukan dan menakluki menjadikannya seorang yang dihormati (disanjungi) dan dimuliakan.
Bersifat pemurah dan jujur serta membela mereka yang seumpamanya (demi kebenaran). Berkemampuan menghidupkan semangat diri sendiri dan orang lain.
Memiliki keupayaan (kemampuan) yang tinggi menjadikannya seorang yang berperibadi tinggi dan mulia di sisi yang lain. Suka atau mampu berkolaborasi dan bekerjasama, menyatukan serta bijak memelihara dan menjaga (mengekalkan).

 Rahsia Tarikh Lahir IslamBAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 7 :
Seorang yang memiliki kemampuan untuk mengawal dan memelihara. Suka memberi dan bersifat pemurah.
Mampu mencegah kejahatan dan meninggikan kedudukan demi keadilan. Seorang yang pemaaf. Memiliki kemampuan menjadi pentakbir yang cekap mengawasi dan memantau serta selalu dipercayai dan bertanggung-jawab.
Bersikap suka memberi inspirasi, harapan, membina orang lain agar memiliki kemampuan untuk memajukan diri dan mampu mematikan fikiran negatif pada dirinya atau orang lain.
Sering menjauhi keburukan dan bersifat dermawan. Mampu memilki kekayaan zahir dan batin (jiwa) serta dermawan. Juga memiliki kemampuan mewarisi dan mendeligasikan wawasan atau amanah.

 Rahsia Tarikh Lahir IslamBAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 8 :
Seorang yang mampu berkuasa, dihormati dan berjaya. Suka berkongsi dan membahagikan rezeki (kekayaan). Bersifat selalu mendengar dan memahami atau empati.
Mudah berterima kasih dan bersyukur kepada kebaikan atau kesenangan. Peka akan keperluan orang sekelilingnya dan memiliki sikap suka memnuhi keinginan orang lain (berkorban). Sering bersemangat tinggi (bermotivasi) dan bertenaga (kekuatan minda dan emosi).
Suka memberi ‘kehidupan’ kepada yang lain serta menyegerakan sesuatu untuk kebaikkan dan keadilan. Bersifat pemaaf dan menerima kesilapan atau kesalahan orang lain demi kemakmuran. Suka memajukan atau mendorong diri dan orang lain ke arah kejayaan dan kekayaan.
Mampu memiliki kecerdasan dan kebijaksanaan yang tinggi dan digunakan untuk menyuluh diri atau orang lain ke jalan kebaikkan dan kemajuan.

 Rahsia Tarikh Lahir IslamBAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 9 :
Seorang yang memiliki keyakinan tinggi, kekuatan diri dan wawasan besar. Bersikap terbuka dan suka membukakan paradigma (minda / jiwa) yang lain ke arah pengembangan. Mampu menjadi perintis.
Suka memerhati dan menilai secara keseluruhan sebelum bertindak. Mampu mengindahkan dirinya dengan keperibadian akhlak yang mulia serta tinggi harga diri atau martabatnya (bermaruah).
Selalunya berfikiran luas dan berwawasan jauh, teguh pendirian (prinsip diri) dan konsisten dalam tindakan. Tegar dalam keputusan yang diyakini, cekal hati dan suka berdikari.
Memiliki kemampuan untuk mengakhiri atau menghentikan sesuatu demi kebaikkan atau keadilan. Juga mampu memperingatkan diri dan orang lain akan kesalahan serta berani menghukum atas nama keadilan.
Berupaya mencegah keburukan diri atau orang lain melalui nasihat dan teguran yang positif. Seorang pendorong yang memiliki sifat penyabar dan tidak tergesa-gesa atau menekan.

Pedoman 101
sumber: pedoman 101

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...