Monday 24 October 2011

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit







Filem sekual dari Hantu Kak Limah Balik Rumah ini dibintintangi oleh Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit Awie, Shy8, Rashidi Ishak, Delimawati, Avaa Vanja, Zami Ismail, Man Kadir, Ezlynn, Azwan Annuar, Dewa Sapri, Nazari, Zainuri, Shila, Adam Khalid dan ramai lagi. Kalau dulu ZOMBI, pastu Kak Limah sekarang JIN PAKAI TONCIT. Filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit ini adalah keluaran Syarikat Tayangan Ungul Sdn Bhd dan diarahkan oleh Mamat Khalid. Difahamkan, Hussin, Mon Dan Jin Pakai Toncit bakal ditayangkan di pawagam penghujung tahun ini, selepas filem Apokalips

“Filem ini masih panjang sebab budaya Melayu ini banyak kepercayaan tahyul mengenai hantu dan jin. Jadi saya akan cerita lebih panjang lagi untuk memberikan hiburan kepada penonton. Saya masih mengekalkan pelakon asal dan Awie masih pelakon utama walaupun dia sudah berusia 60 tahun sekalipun. Namun filem ketiga sekuel ini ada penambahan pelakon seperti Afdlin Shauki dan Rashidi Ishak.” – Mamat Khalid.
Meskipun Mamat terkenal dengan genre komedi dan bersahaja, namun beliau masih berani menghasilkan karya yang memberi tumpuan kepada golongan muda seperti Apokalips X yang mensasarkan golongan berusia 15 hingga 25 tahun.
Apapun, usaha pengarah ini mengangkat filem tempatan dalam memberikan hiburan keluarga perlu diteruskan, meskipun penonton tidak mengenali hasil karya telefilemnya, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, 12 tahun lalu yang dianggap berjaya.
Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini Filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit Di Facebook Fan Page [ HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT ]






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...