Saturday 22 October 2011

Nekoyanagi, Si Kucing Comel Telinga Berlipat


Nekoyanagi adalah seekor kucing comel yang baru sahaja berusia dua tahun. Kucing jenis Scotland ini memiliki telinga berlipat dan memiliki pribadi dinamik. Kucing ini seperti kucing yang bernama Maru iaitu kucing yang terkenal di Youtube tetapi bezanya telinga Maru tidak berlipat.
Meskipun dia mengalami masalah kesihatan di kakinya, kesakitan tersebut tidak pernah menghalangnya untuk bermain. Ia terlalu gembira apabila tuannya melemparkan bola di ruang tamu. Ia pasti akan berlari dan merebut dan menendang bola tersebut. Seolah-olah tidak merasakan kesakitan yang dialaminya itu.
Pelik juga apabila Nekoyanagi dikatakan sangat suka mandi setiap malam di bilik mandi. Setiap kali mandi, ia pasti akan tersenyum.
Nekoyanagi juga amat takut dengan orang yang tidak dikenali. Setiap kali orang yang tidak dikenali datang melawat rumah. Ia pasti akan bersembunyi dan tidak akan keluar.


sumber:.aduhaimedia.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...