BEIJING: Lebih 10 orang pengguna jalan raya membiarkan seorang budak perempuan terbaring nazak di tengah jalan selepas dua kali dilanggar kenderaan, lapor agensi berita Xinhua, semalam.
Insiden itu mencetuskan kemarahan meluas di China.
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan, orang ramai tidak menghiraukan budak itu - dikenali sebagai Yue Tue - yang terbaring selepas dirempuh sebuah van.
Kemudian sebuah kenderaan lain turut menggilisnya sekali lagi di luar kedai milik keluarganya di bandar Foshan.
Seorang pengutip sampah akhirnya datang membantu Yue Yue dengan mengangkatnya ke tepi jalan sambil menjerit meminta bantuan.
Selepas tidak diendahkan, pengutip sampah itu mencari ibu mangsa sebelum dia dikejarkan ke hospital.
Doktor berkata, kemungkinan besar Yue Yue gagal diselamatkan. - AFP
kesian budak ni yang tak berdosa atas kecuaian ibubapanya yang sibuk dengan peniagaan dunia ...akhirnya anak telantar dan perlukan perhatian dan peniagaan itu tutup jugak... itulah balasan ALLAH..yang dikejar tak dapat yang dikendong tercicir...fikir-fikirkan
dah la budak tu xtaw apa-apa lagi...memang tak patot la sapa-sapa yang laggar budak tu termasuk orang2 yang lalu lalang yang xendahkan langsung budak tuh...memang kejam!!!
p/s: harap apa yang tejadi menjadi teladan untuk kita di malaysia
No comments:
Post a Comment