mat jat cuma nak mengutarakan pandangan jat tentang isu relationship status di FB ni. Ada sesetengah orang kata ianya tak penting. Ada sesetengah orang suka main main dengan relationship status diorang. Kejap kejap' married', kejap kejap 'single', lepas tu 'it's complicated' tanpa ada sebab yang munasabah.
Memang Facebook cuma salah satu medium laman sosial sahaja, tapi bagi jat relationship status di Facebook atau pun di mana mana lah, sangat penting. Dari situ orang boleh kenal bagaimana keperibadian kita, betapa seriusnya kita dalam menjalin sebuah perhubungan. Okelah, ada sesetengah orang kata:-
"Ala FB je pun, tak usah la serius sangat,"
jat nak tanya korang, kalau korang sekarang ni sudah ada teman lelaki atau wanita, takkan korang nak letak single kan? Rasa jujur ke? Lepas tu pulak, mana mana friends yang gatal tu mulalah nak mengorat sana sini disebabkan status korang yang masih 'single' tu. At least kalau korang letak 'in a relationship', then link kan pulak dengan pasangan korang, nampak jujur kan? Itu juga boleh jadi satu tanda pemberitahuan bahawa korang sudah ada pasangan! Jadi takdelah orang lain nak kacau melainkan otaknya mereng! Hahaha.
Jangan bagi alasan tak mahu menunjuk lah, apa lah, bagi jat itu semua alasan semata mata! Alasan nak menggatal dengan orang lain dan alasan untuk tak mahu saham jatuh. Hahaha, mengaku je la kan. Lainlah kalau korang betul betul ada sebab munasabah yang lain, tapi kalau macam tu sekalipun, korang boleh hide relationship status tu. Jadi orang takkan tahu status korang.
Asalkan jangan menipu, dan jujurlah pada hubungan korang sendiri. Kalau married, tulis married, kalau in a relationship, tulislah begitu dan sebaliknya. Jagalah hati pasangan korang, mungkin mereka terasa jauh hati jika korang tak jujur dengan relationship status sendiri.
yela la 2 jat..hahaha
ReplyDelete