JomPr0xy ialah website proxy yang dibina oleh saya bagi kegunaan personal memandangkan Internet tempat saya belajar banyak menyekat laman web yang biasa saya akses. Nak akses website pasal video game, politik, software dll pun tak boleh, memang tension lah.
Jadi saya luangkan masa 10-15 minit buat jompr0xy menggunakan Google App Engine dan Phyton dan hasilnya agak memuaskan. Tak perlu lagi bergantung pada proxy luar yang speed sangat slow, dipenuhi iklan dll.
Antaramuka JomPr0xy (paparan IE9)
Cara menggunakan JomPr0xy
- Masuk website JomPr0xy (http://www.jompr0xy.appspot.com)
- Pada kotak “taip url di sini…” masukkan url website yang anda mahu bypass
- Contohnya: www.ign.com/
- Pastikan anda meletakkan tanda / di hujung url
- Tekan Go untuk memulakan pelayaran anonymous
High security Alert
- Error high security alert akan muncul sekiranya anda tidak meletakkan tanda / di hujung url.
- Penerangan di website jompr0xy adalah tidak tepat dan akan dibaiki di masa hadapan
Kelebihan JomPr0xy
- interface minimal
- load sangat laju
- tiada iklan dan pop-up yang menganggu pelayaran internet
- senang digunakan
- boleh bypass website yang diblock di Universiti, pejabat, sekolah dll
- membolehkan anda menjadi anonymous
Kekurangan JomPr0xy
- Partially unblock youtube, maybe boleh stream youtube video, maybe tak boleh depends pada tahapsekuriti internet connection yang anda guna
- Website yang memerlukan cookies dan https tidak disokong, tidak digalakkan guna proxy jika login Facebook dll
- Tak boleh bypass website yang disensor menggunakan “word filtering”
- Tak boleh download dari filesharing seperti rapidshare, mediafire, megaupload dll
- Disebabkan ini ialah proxy website, maka sebarang jenis download seperti torrent tidak dapat dijalankan
Complete Bypass
- Jika anda mencari penyelesaian kepada complete bypass, iaitu bypass segala jenis sekatan internet seperti p2p, torrent, garena, word filtering, url ban dll saya akan cuba usahakan di masa hadapan
Jom Bypass Sekatan Internet!
In case anda perlu bypass sesuatu website, jangan lupa menggunakan jompr0xy dan kalau boleh bookmark terus website ini:
Selamat mencuba!
dafuq? ko cr8 ijat haha!
ReplyDelete