Pesara guru rugi RM43,000
KULIM 7 Jun – Seorang pesara guru kerugian lebih RM43,000 setelah rumahnya di Taman Seluang di sini, dirompak empat lelaki bersenjatakan parang awal hari ini.
Ketika ditemui pemberita di kediamannya, Mustaffa Yusuf, 62, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika beliau dan isterinya Hasnah Md. Isa, 60, sedang tidur.
“Saya terdengar bunyi yang agak pelik dalam rumah saya dan secara tiba-tiba saya dapati empat lelaki bertopeng meluru masuk dalam bilik tidur kami sambil menghunus senjata seperti parang dan pisau di perut dan leher saya dan isteri,” katanya.
Beliau berkata, selain barang kemas, dua telefon bimbit dan kamera digital, kumpulan perompak yang memasuki rumahnya dengan mengumpil tingkap di bahagian ruang tamu, turut melarikan kereta Perodua Viva miliknya.
Katanya, perompak terbabit juga memaksa isterinya bersumpah menggunakan al-Quran bahawa beliau tidak berbohong apabila memberitahu semua barang kemas telah diserahkan.
“Perompak yang menutup muka dengan memakai topeng ski juga mengugut saya. Jika berbohong, saya akan dilaknati Tuhan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Supritendan Chin Soo Song mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kes tersebut
-sumber utusan melaysia 8/6/2011
ini bukan men2 jgn betulkan blog anda
...bnda nih btoi2 terjadi...
huh plik ar org skrg wat jahat....
dah tw wat jahat siap mntak mangsa
jgn menipu kalu x... kna laknat...
what?? laknat???
hey..gila pa.....
xsedaq dya sndri pown tengah wat jahat..
xthu ka dya pown skali ptot nk kna laknat..
dah la merompak rumah org...
ish3....dlm jhat tw lagi hal agama...
2 pown xsedar diri..hadoi2
plik tapi benar bukan...???
org2 kulim bijak agama...
ReplyDeletemcm sye ke??? ngeh3
ReplyDeletehaha...lawok2.perampok p0wn tw dosa dan pahala wktu nk rompak.ish2..insaf2..:)
ReplyDelete