Wednesday, 22 June 2011

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

Gerak jari seharian anda memberi sedikit gambaran tentang personaliti diri anda. Bagaimanakah untuk kenali personaliti dari gerak jari? Ikutilah tulisan berikut:


Memicit atau memegang hidung
- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.

Meletak tangan pada bahu kawan
- Suka ikut kepala sendiri.
- Pentingkan diri sendiri.
- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.

Bermain dengan tangannya
- Mempunyai tahap humor yang tinggi.
- Pandai berjenaka.
- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
- Jenis 'open minded'.

Mematahkan jari jemarinya
- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
- Gugup dan gementar bila berbicara.
- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut
- Suka berkhayal.
- Sukar diperdayakan.
- Keras kepala.

Menongkat dagu
- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
- Suka mendengar masalah teman-teman.
- Setia dalam persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja
- 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.
- Peramah.
- Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan
- Ramah dan berfikiran matang.
- Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

Memutar cincin
- Sangat menepati janji.
- Berhati-hati dlm tutur kata.
- Gemar hidup yang teratur.

Jadi, bagaimanakah gerak jari anda? :)

Tuesday, 21 June 2011

Rahsia Keperibadian Di Sebalik Alamat e-mel Seseorang

Artikel di bawah cuba menyingkap tentang rahsia keperibadian seseorang melalui emel yang digunakannya. Mari kawan-kawan kita baca artikel ini untuk mengetahui sangkut pautnya rahsia keperibadian seseorang tersebut melalui alamat emel orang itu... Ini hanya untuk suka-suka sahaja... Jangan percaya sangat.


Nama Penuh
contoh : azrulsallehmdamin@yahoo.com
Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat, jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah
etc : azrulsalleh@yahoo.com
Tanpa nama bapanya ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
etc : azrulsalleh2009@yahoo.com
Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Pendek kata dia juga menunjukkan pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran
etc : sikacaklagihensem@yahoo.com
Hehehe... ramai yang suka buat email begini.. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad
etc : klm567@yahoo.com
Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..

Okay.. perhatikan alamat emel anda. Bagaimanakah dengan peribadi anda? Kenakah dengan perkara yang dinyatakan diatas. Sekali lagi saya ingatkan, jangan percaya bulat-bulat perkara ini. Anggap untuk suka-suka sahaja. :)

Rahsia Alamat Pergerakan Tubuh

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yang lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita.



Alamat Pergerakan Tubuh
  • Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.
  • Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan
  • Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada orang akan berjalan jauh.
  • Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis.
  • Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta.
  • Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira di hati.
  • Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.
  • Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.
  • Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut.
  • Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan.
  • Bibir bawah bergerak - akan menangis.
  • Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.
  • Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.
  • Siku kiri bergerak-gerak - orang yang mengasihi kita akan datang.
  • Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.
  • Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.
  • Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.
  • Telinga bergerak - akan berkelahi.
  • Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.
  • Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.
  • Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.
  • Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.
  • Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.
  • Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.
Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai dengan bulat-bulat. :)

Monday, 20 June 2011

Nora Elena Episod 01-24 [COMPLETE]

saje-saja ronda blog orang..

terjumpa link cite nora elena 

sya share kn untuk semua yang berminat...


SINOPSIS

NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).

Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara  tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.




Novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha [PDF]



Mediafire 

Episod 1
Part 1 : http://adf.ly/1pVSs

Part 2 : http://adf.ly/1pVSt

Episod 2
Part 1 : http://adf.ly/1YgA2
Part 2 : http://adf.ly/1YgA3

Episod 3
Part 1 : http://adf.ly/1YgA4
Part 2 : http://adf.ly/1YgA5

Episod 4
Part 1 : http://adf.ly/1YgA6
Part 2 : http://adf.ly/1YgA7

Episod 5
Part 1 : http://adf.ly/1YgGH
Part 2 : http://adf.ly/1YgGI

Episod 6
Part 1 : http://adf.ly/1YgGJ
Part 2 : http://adf.ly/1YgGK

Episod 7
Part 1 : http://adf.ly/1YgGL
Part 2 : http://adf.ly/1YgGM

Episod 8
Part 1 : http://adf.ly/1YgSq
Part 2 : http://adf.ly/1YgSr

Episod 9
Part 1 : http://adf.ly/1aotn
Part 2 : http://adf.ly/1aoto

Episod 10
Part 1 : http://adf.ly/1b9K4
Part 2 : http://adf.ly/1b9K5

Episode 11
Part 1: http://adf.ly/1blko
Part 2: http://adf.ly/1blkp

Episode 12
Part 1 : http://adf.ly/1c35x
Part 2 : http://adf.ly/1c35y

Episod 13
Part 1 : http://adf.ly/1eIX0
Part 2 : http://adf.ly/1eIX1

Episod 14
Part 1 : http://adf.ly/1eqex
Part 2 : http://adf.ly/1eqey

Episod 15
Part 1 : http://adf.ly/1fWVt
Part 2 : http://adf.ly/1fWVv

Episod 16
Part 1 : http://adf.ly/1gDNI
Part 2 : http://adf.ly/1gDNJ

Episod 17
Part 1: http://adf.ly/1iXzS
Part 2: http://adf.ly/1iXzT

Episod 18
Part 1 : http://adf.ly/1j5xw
Part 2 : http://adf.ly/1j5xx

Episod 19
Part 1 : http://adf.ly/1jwE1
Part 2 : http://adf.ly/1jwE2

Episod 20 (Fixed)
Part 1: http://adf.ly/1kiow
Part 2: http://adf.ly/1kipy

Episod 21
Part 1 : http://adf.ly/1n1EJ
Part 2 : http://adf.ly/1n11Y

Episod 22
Part 1 : http://adf.ly/1nvpY
Part 2 : http://adf.ly/1nucc

Episod 23
Part 1 : http://adf.ly/1ofea
Part 2 : http://adf.ly/1ofeb

Episod 24 (End)
Part 1 : http://adf.ly/1pVkl
Part 2 : http://adf.ly/1pVkm
P/s Kpd User yg mendownload menggunakan mediafire hosting...link mediafire ada masalah sedikit...tukarkan cdn kpd www utk  membolehkan proses download berlaku dengan lancar...jika link sudah bermula www dihadapannya,maka ia tidak perlu diubah...sekian terima kasih...

Cth : 
http://cdn.mediafire.com/?1f8gts2no5f1l3d ditukarkan menjadi 
http://www.mediafire.com/?1f8gts2no5f1l3d

Sunday, 19 June 2011

kolej kediaman tun ghafar baba(kkf)







ok harini saya nk tunjuk sikit la tentang kolej kediaman...
nama tempat SEBERANG RAMAI....terletak di KUALA PERLIS
aku dah harungi 2 sem disini
sekarang dah masok sem3...
tp aku pelik bila tgk tmbok dpn kolej kediaman aku nih ..
ce look kat bawah...



agak memikir gak la aku...
tiba-tiba je jadi
 taman SEBERANG JAYA...
haha
xsgka ingatkn kat peneng je ade tmpat nma seberang jaya
upanya perlis pown dah ada (dah nk maju kot)
hee...
xpa-xpa lupakn jela...berbalik pada topic harini..
saya nk tunjukn hostel saya

ini hostel yang saya menginap...(gmbo terlebih edit)
 huhu
hostel ni khas untuk laki2 sja
boleh than bukan???
dan ini pula hostel untuk dak2 pmpn..
(rumah teres dua tingkat kot)
aku jles toi..kenapa la geng laki xdpt hostel mcm 2..huhu
view dari tgkat dua..(dri bilik saye)
hostel laki pmpn sbelah menyeblah jepon
dkat sja..(siap leh skodeng) hee
pic diatas ni...no bilik hostel sya
( bilik xleh tnjuk no blik pown jd la)
haha blik ni mempunyai
1blik stdy memuatkn 8 meja n kerusi)
3 blik tydo
2 blik air
1 dpur 
haha mcm rumah la lebih kurg...
saya enjoy di sini..best
xde boring...tp kdg3 boring jgk..huhu
2 jela kot nk ckp..so
sekian ..:)


segarkan otak dulu...

 Kisah Atan Dan Polis


Satu hari, Atan dan Mael pergi berburu dipinggir hutan.Malangnya belum sempat dapat habuan, Mael diterkam pak belang. Atan yg terkenal kerana kelam kabutnya terus berlari ke balai polis

Atan: sss..sssee..selamat pagi tuan..

Polis:selamat pagi..apa hal tercungap2 ni.

Atan:ssa...saayyaa nak buat report tuan..

Polis:report pasal apa?

Atan:pasal kawan saya dibaham harimau

Polis:ha! dibaham harimau? pukul berapa?

Atan:tak..dia tak dipukul..dia diterkam..

Polis:habis..?

Atan:tak habis tuan,tinggal kepala...



==========

: Loghat Masyarakat Malaysia


Antara loghat utara dgn loghat pantai timur,
yg mana lebih munasabah?
jawapannya loghat pantai timur..
cuba perhatikan dialog dibawah..

bahasa malaysia standard: "dia pergi ke rumah jiran utk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

loghat utara: "dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

loghat pantai timur: "dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"

kesimpulan: tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe..



==============


 Makwe Dan Pakwe Bila Jadi Suami Isteri




Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...
SEBELUM 
Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe: kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe: Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu.. sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.. begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah... bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu (rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe: Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,
SELEPAS KAHWIN 
Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do...

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut.. .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie.... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak?!!!!!!!!


================


 Mamak Dengan Pelanggan Cerdik 


Ada seorang pemuda ke kedai mamak dan dia hanya ada 70 sen semasa itu. Kemudian pemuda itu bertanyakan kepada mamak berapa harga teh tarik panas dan sejuk. Lalu mamak menjawab"Panas 70 sen" dan "Sejuk RM 1.20".

Pemuda meminta satu teh panas. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum tanpa berlengah-lengah lagi. Mamak bertanya lagi kepada pemuda itu kenapa minum begitu cepat. Pemuda itu pun menjawab "kalau saya tunggu lama-lama nanti sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20". Mamak tu pun tercenggang-cengang.. hehe


Monday, 13 June 2011

jompr0xy - bypass sekatan website
JomPr0xy ialah website proxy yang dibina oleh saya bagi kegunaan personal memandangkan Internet tempat saya belajar banyak menyekat laman web yang biasa saya akses. Nak akses website pasal video game, politik, software dll pun tak boleh, memang tension lah.
Jadi saya luangkan masa 10-15 minit buat jompr0xy menggunakan Google App Engine dan Phyton  dan hasilnya agak memuaskan. Tak perlu lagi bergantung pada proxy luar yang speed sangat slow, dipenuhi iklan dll.

Antaramuka JomPr0xy (paparan IE9)

jompr0xy jom bypass sekatan internet

Cara menggunakan JomPr0xy

- Masuk website JomPr0xy (http://www.jompr0xy.appspot.com)
- Pada kotak “taip url di sini…” masukkan url website yang anda mahu bypass
- Contohnya: www.ign.com/
- Pastikan anda meletakkan tanda / di hujung url
- Tekan Go untuk memulakan pelayaran anonymous

High security Alert

jompr0xy high security alert
- Error high security alert akan muncul sekiranya anda tidak meletakkan tanda / di hujung url.
- Penerangan di website jompr0xy adalah tidak tepat dan akan dibaiki di masa hadapan

Kelebihan JomPr0xy

- interface minimal
- load sangat laju
- tiada iklan dan pop-up yang menganggu pelayaran internet
- senang digunakan
- boleh bypass website yang diblock di Universiti, pejabat, sekolah dll
- membolehkan anda menjadi anonymous

Kekurangan JomPr0xy

- Partially unblock youtube, maybe boleh stream youtube video, maybe tak boleh depends pada tahapsekuriti internet connection yang anda guna
- Website yang memerlukan cookies dan https tidak disokong, tidak digalakkan guna proxy jika login Facebook dll
- Tak boleh bypass website yang disensor menggunakan “word filtering”
- Tak boleh download dari filesharing seperti rapidshare, mediafire, megaupload dll
- Disebabkan ini ialah proxy website, maka sebarang jenis download seperti torrent tidak dapat dijalankan

Complete Bypass

- Jika anda mencari penyelesaian kepada complete bypass, iaitu bypass segala jenis sekatan internet seperti p2p, torrent, garena, word filtering, url ban dll saya akan cuba usahakan di masa hadapan

Jom Bypass Sekatan Internet!

In case anda perlu bypass sesuatu website, jangan lupa menggunakan jompr0xy dan kalau boleh bookmark terus website ini:
Selamat mencuba! Smile

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...