Friday, 9 December 2011

LELAKI + WANITA = MALU atau TIDAK MALU

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU.Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya.Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya.Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu
Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya,Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai.Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL.Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.
Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU.Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT. Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!.Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata “TAKUTLAH AKAN ALLAH !”
Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya.Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR.Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt.Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.Wahai si wanita dan si lelaki janganlah
menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya .MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN,MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU,MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.,MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar wal mungkar!!!
P.s:
“Innasolatatanha anil fahsyaar iwal munkar” Maksudnya: Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar.Wallahua’alam bissawab

1 comment:

  1. yeah..i stuju ngn u.but,i still x pham.cita p lah kt depa2 niyh cmna p0wn.antu depa mseyh kuat melwan nk wt jgk ni smua.hukhuk.bkn sdeyh dh skunk.tpi kecewa. ^^v

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...