Monday, 12 September 2011

Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto????





Mesej & Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto
Kenalkah kamu seseorang yang bernama Masashi Kishimoto?. Mungkin ramai yang tak mengenalinya, dia adalah seorang mangaka komik yang berjudul NARUTO dan juga siri yang sudah dianimasikan serta ditayangkan di stesen TV di seluruh dunia pada hari ini. Saya adalah salah satu peminat cerita mangaNARUTO ini, kerana keberkesanan pelukisnya mengolah cerita yang agak kompleks dan menarik ini.

Pelukis ini memang genius dengan meyelitkan pengaruh agama dan budaya sesuatu masyarakat di dalam komiknya itulah gaya pemikirannya, sedang membaca episod manga naruto yang lepas lepas saya terperasan satu watak yang bernama ‘TOBI’ yang amat mirip dengan DAJJAL/ANTICRIST dan ada unsur-unsur illuminati dalam cerita ni. OK, senang cerita saya ringkaskan satu-persatu supaya senang difahami.

Pekara yang perlu anda tahu dalam NARUTO:




1) ORGANISASI AKATSUKI = Antagonis utama cerita ni, AKATSUKI yang bermaksud ‘SENJA MERAH’ ini dianggotai oleh beberapa ninja yang telah mengkhianat atau membelot negara sendiri demi kepentingan dirinya dan bergerak secara sulit dn tertutup.




2) TOBI = TOBI atau UCHIHA MADARA (nama sebenar) adalah pengasas sebuah puak yang bernamaUCHIHA dan juga menubuhkan organisasi AKATSUKI ini, seorang ninja yang telah hidup dari zaman dahulu lagi dalam cerita komik ni dan dikatakan sebagai kehidupan kekal abadi. Dia juga buta pada mata kirinya dan DALANG di balik semua KEBURUKAN dengan memanipulasikan fikiran, pembohongan serta fitnahnya amat luar biasa dan orang yang membuka peperangan Dunia NINJA yang baru.


Mari saya tunjukan lagi unsur-unsur illuminati. Jika anda menganggap ini hanya kebetulan, cuba perhatikan dialog yang dikatakan oleh tobi atau MADARA ini dalam ‘MOON EYES PLAN’:




3) JUUBI (binatang raksaksa) adalah raksaksa bermata satu yang ingin dibangkitkan oleh MADARA yang kebetulan juga bermata satu.



Bentuk asal mata JUBBI. Setelah saya SAMBUNGKAN menjadi simbol:




ADAKAH IANYA KEBETULAN atau ada MESEJ yang ingin disampaikan oleh pelukis ini?

Pain atau nama sebanarnya Nagato adalah ketua AKATSUKI, mempunyai MATA DEWA (Rinnegan)dalam agama Buddha dan mesir, mampu menghidupkan orang yang telah mati dan mencipta sesuatu mengikut kehendaknya. Dihasut oleh MADARA.


4) MATA DEWA (Rinnengan)


 

Ini pula adalah simbol ILLUMINATI: SAMA? ya SAMA.

PAIN yang sama dengan “Horus” The One-Eyed Sun God (TUHAN MATAHARI “RA” sebutan mesirnya).

5) UCHIHA SASUKE adalah WATAK kedua dalam cerita ni. Menjadi jahat akibat hasutan licik MADARA. Mari tengok.


Mata dia, LOGO HEXAGRAM SATANISM.

ADAKAH INI JUGA KEBETULAN??
Mungkin Masashi Kishimoto ingin kita mengetahui maksud dari MESEJ yang ingin disampaikan, iaitu bahawa kesemuanya itu berkaitan dengan apa yang terjadi dalam dunia REALITI kita sekarang. Watak-watak ANTAGONIS dan tiap-tiap simbol itu ada mengandung maknanya sendiri. Sesiapa yang mengikuti siri komik ini dari mula hingga sekarang pasti terasa persamaan antara watak MADARA yang mirip akan ciri-ciri tentang DAJJAL, PAIN yang mirip akan Horus (DEWA MATAHARI), dan Sasuke yang makin gelap hatinya dan menuju jalan kejahatan dan kesyaitanan.


Pelukis mungkin terbaca akan kisah-kisah ini dan saya amat mengagumi kecerdikan dan idea yang dia selitkan, dia juga tidak lupa menyampaikan MESEJ bahawa Kebenaran akan selalu menang melawan Kejahatan. Ianya sama sahaja seperti kisah Al-Masih Dajjal yang akan dikalahkan oleh Nabi Isa a.s yang dibantu oleh Imam Mahdi di akhir zaman nanti, kan?

Apa pendapat korang? Haha, Perlu ke kita kaitkan semua ini dengan unsur illuminati atau sebaliknya. Seperti mana yang kita tahu, yahudi memang sentiasa merancang untuk melemahkan, menjatuhkan umat islam dari dulu hinggalah sekarang. Tapi, adakah cerita naruto ini benar-benar berkaitan dengan unsur berikut atau hanya rekaan semata-mata ataupun secara kebetulan je terjadi sedemikian.

Nasihat aku la, sebelum kita menyebarkan atau menerima sesuatu seperti notes, video, gambar dan sebagainya atau share apa-apa kat Facebook. Jangan la mudah percaya bulat-bulat benda tu, tengok dulu macam mana, dapat diterima dek akal atau tak, selidik dahulu kebenarannya sebelum menyebarkannya.

SUMBER 100%  dari bukankerananama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...